Saturday, 1 October 2011

Permulaan Yang Baru

Pada Oktober ini, kita akan menghadapi penggal kedua pada 5hb nanti. Kepada yg berjaya, syukur alhamdulillah, semoga penggal kali ini kita dapat memperbaikinya lagi. Kepada yg tidak dpt memperolehi apa yg di harapkan, jgnlah sesekali kita putus asa. Selagi ada umur, kita harus cuba dan cuba lagi sampai dapat ke menara gading :)

Pada Oktober ini juga (infact, today), ada seseorang dari Endang menyambut hari lahirnya yg ke-20!


YES! Its Arkak Khairunnisa kita! Sebenarnya, pada bulan September lepas, ada 2 orang yg menyambut hari lahir mereka! Mereka adalah (macam pencalonan gitu eh) :





Maaflah banyak-banyak kerana tidak post siang-siang, tpi yang penting, ni dua kena sabo habis-habisan nya betul tak?! Ada waterbomb la, sampai kat rumah la... Yg 1 pula nasib badan la ya kena hempap dgn seluruh anggota Wira, termasuklah instructor dia sekali ;)

Sayang sekali Arkak Nisa kita dah tak turun training. Kalau tak, dia pun habis di kerjakan oleh seluruh Endang dan Wira!

Bagaimanapun, sama-sama kita berdoa semoga mereka berada didalam keadaan yang sihat dan sejahtera, dan bersama-sama kita memperjuangkan seni dikir barat ini hingga ke puncak jaya.

By the way.. Dengar-dengar Endang mendapat tempat untuk bertanding untuk pertandingan Piala Raja Panggung 2011 ini. Harap-harapnya kita dapat bersama-sama berganding bahu menyertai pertandingan ini. Give your best shot, girls! ;)

See you people soon for training! :)

*Wau Bulan... Teraju Tiga..*



Monday, 29 August 2011

Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Akhirnya, takbir raya berkumandang beberapa minit selepas buka yang terakhir. Kedengaran, sayu pada yang sedang merindui orang yang telah pergi, ceria pada yang sedang berbahagia di dalam suasana meriah sekeluarga.
Walau didalam situasi yang berbeza, saya berharap, semua dalam keadaan sihat dan sejahtera.
Jangan lupa sedekahkan Al-Fateha kpd yg sudah tiada, dan jgn lupa beermaaf-maafan sesama insan.
Tak baik marah berpanjangan dan memutuskan silaturahim antara kita :)

Baiklah, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kpd seluruh anggota Endang dan Wira, dan juga kpd pembaca-pembaca blog ini. Semoga silaturahim antara kita tidak akan putus walau di uji sejauh mana pun. Maaf zahir dan batin sekiranya pernah menguriskan hati sesiapa, antara sedar atau tidak. Tidak lupa juga, firstly, Alhamdulillah, UT3 kita dh selesai. Skrg kita perlu tawakkal dan berdoa supaya kita tidak perlulah mengulangi sebarang subjek di kemudian hari. Andainya masih ada umur, kita berjumpa lagi pada hari-hari latihan seterusnya. Jgn lupa; 17hb nanti ada raya outing, ok? Rindu korgz :))

Salam Sayang,
Admin <3

Thursday, 18 August 2011

Celoteh

Wahhh.. lagu raya lah! HEHEHE!
Sebenarnya, ada banyak lagi lagu tetapi kebanyakkannya tidak dapat dimainkan.
Sampai pening kepala dicubanya satu-persatu!
Jadi, maaflah jika ada lagu yang terpelan sikit dan senarai lagunya tidak sepanjang mana.

Anyway, sungguh cepat masa berlalu, tidak sangka pula sudah ramadhan yang ke-18.
Yang membosankan : semua akan menduduki UT3 yang bermula pada 22hb Ogos ini.
Kasihan kita, orang sibuk mengemas rumah,membuat kuih,berterawih,ber- Qiamulaiy.. kita pula kena perah otak bukan sahaja untuk belajar tapi juga untuk jawap soalan-soalannya nanti.

Persembahan pada 20hb(Sabtu) ini dibatalkan.
Jadi, kerana semua terlalu free, kita bercadang untuk beriftar di Simpang Bedok.
Kehadiran semua amatlah dialu-alukan!
Persembahan itu pula akan ditundakan ke 24hb September akan datang.

Sebenarnya, ada lagi 2 persembahan yang kita perlu siap sedia iaitu pada 14hb dan 15hb September ini.
DAN............. bukan itu saja.

Nak tau?



Betul nak tau?



Aa?




 Aaaa?



Nantikan update seterusnya ^^!



*P/S : daripada blog ini senyap, post mcmni pun jadilah eh :P

Sekian,
A'kum Wr Wb.

Tuesday, 9 August 2011

Selamat Ulang Tahun Singapura!

Wahh.. bulan ini, ada 2 orang dari kami yang menyambut hari jadi mereka bersama Singapura!







Selamat Ulang Tahun kepada Fyruz Fox, 8th August....











Selamat Ulang Tahun kepada Nurylmok Misbari, 9th August!




Semoga sentiasa dimurahkan rezeki, berbahagia selalu disamping orang-orang yang tersayang dan penuh dengan semangat yang membakar mempertahankan seni dikir barat bersama Endang dan Wira! :)

Pada 7th August lepas pula, akhirnya persembahan gabungan MCG selamat dijalankan! Ia telah mengeratkan lagi silaturahim diantara kami, menjalinkan hubungan baru antara satu sama lain. Semoga events sebegini akan diadakan lagi pada masa yang akan datang :)

Seterusnya, Endang akan mengadakan persembahan di Kampung Melayu pula, jam 9malam di Kampung Melayu pada 20hb ini. Nampaknya latihan kita akan berterusan buat masa ini. Jgn lupa, latihan,latihan juga. Jgn lupa UT3 akan berlangsung beberapa hari selepas itu!

Sekian, W'salam.

*p/s : tak sabar nak letak lagu-lagu Raya di blog ini. Nantikan saja lepas 20hb :))






Saturday, 6 August 2011

Ramadhan Al-Mubarak


Selamat menjalankan ibadah puasa hari yang ke-6 kepada semua.
Maaf kerana lambat mengucap.
Semoga pada Ramadhan ini, kita dapat laluinya dengan sempurna.
Dan semoga kita dapat bersabar pada bulan ini yang dipenuhi dengan cabaran.
Alhamdulillah, sekolah akhirnya akan tutup pada 16hb Ogos ini, tetapi, jangan lupa, kita tetap kena belajar untuk UT3.
Endangs pula, kita harus tabah untuk persembahan selanjutnya pada 20hb nanti di Kampung Melayu pada jam 9 malam.

Bercakap tentang persembahan, esok di Esplanade pada 3ptg dan 4.30ptg, seluruh MCG(Malay Cultural Group) akan mengadakan persembahan bersama-sama! Semua Endangs, Wira, Selatra(Silat) dan Dharma(tarian) akan bergabung tenaga untuk meriahkan lagi suasan.

Dengan itu, semoga esok kita dapat melakukan persembahan yang terbaik. Jangan lupa untuk bangun sahur dan M.A.K.A.N, ok?
Its going to be a long day, so kalau boleh taknak lah ada yang pengsan, mabuk dan sebagainya.
Take care of your health, everyone..

Salam Sayang<3

Monday, 25 July 2011

Adat Pertandingan

Asalamualaikum Wr. Wb...

Firstly, mari kita ucapkan SELAMAT ULANG TAHUN kepada arkak kita, Iffah Yusmalia!


Semoga di murahkan rezeki dan jalani hidup dengan kesabaran. Semoga kita ramai-ramai dapat berdikir barat sampai ke tua. HAHA! Insyallah, we will compete together for the next comp ok? Lets hope ada competition yang boleh letak 20 awok-awok.. LOL!

========SUARA SERUMPUN===========

Semalam adalah saat-saat yang dinantikan oleh Endang : Pertandingan Suara Serumpun 3.
Tiada pencalonan..
Tiada piala untuk kami..
Tetapi secara keseluruhannya, kami amat berbangga dengan seluruh anggota kita kerana telah memberikan persembahan mereka yang terbaik.

Setiap latihan intensif..
Setiap pengorbanan masa..
Setiap teguran dari Hairil dan seniors kita..
Terasa berbaloi juga kerana persembahan semalam teramatlah lain dari latihan-latihan sebelumnya..
Janganlah di khuatirkan saat-saat kesilapan semalam kerana waktu tidak dapat di putarkan semula..
Kita perlu belajar dari kesilapan-kesilapan itu..
Kita perlu tahu kelemahan kita di mana supaya kita boleh memperbaikinya lagi..
Insyallah, kita kan akan menjadi lebih hebat dari sekarang.

Semalam juga merupakan pertandingan pertama kali untuk beberapa orang, tetapi ia juga merupakan pertandingan sekolah yang terakhir untuk AisyahB, FarahEh dan MakEsah. 
Terima Kasih AisyahB kerana tidak pernah berhenti melakukan wataknya dengan sepenuhnya..
Terima Kasih FarahEh kerana bersama kami walaupun penat dari kerja..
Terima Kasih juga kepada MakEsah dan kesemua nya kerana menegur dan membimbing kami bersama..

Tidak lupa juga pada Wirni kerana menuliskan lirik.
Tidak lupa juga kepada Alumni's yang menyokong kami semalam. 
Its touching you all came down to give your support, and you sang for us at the end of the day.
Mana nak dapat seniors macam ni? Hehe..
Terima Kasih juga pada Wira yang turut hadiri semalam..
Last but not least, penghargaan yang tiada akhir, terima kasih kepada instructors kita Hairil dan Zul.
Tanpa mereka, siapalah kita.

Wahhh macam speech nak pergi mana je aku ni.. HAHA!

Pada yang masih sedih-sedih pasal semalam, nangis lah, tak apa..
Tapi yang penting, jangan putus asa, jangan patah semangat..
Ini semua adat pertandingan; tidak semestinya yang kalah takkan pernah menang dan tidak semestinya yang menang takkan pernah kalah. Janji, kita buat all out, happy dan enjoy! 
Hargailah setiap detik perjalanan kita bersama..
Tak kiralah, walaupun nanti bila dah jadi senior, bila dah ada junior.. Kita tetap Endang!

Akhir sekali..


"Selembut Sutera.. Kekata Ninda..
Lemah Gemalai.. Endang Bersuara.."



<3<3<3,
Hazimah.

Monday, 18 July 2011

Muka Baru..

Akhirnya, lelaman rasmi dikir barat Republic Polytechnic menjadi juga :p
Dahulu, hanya ada kumpulan perempuan sahaja : Endang.
Sekarang, diperkenalkan, hulubalang-hulubalang kami, Wira Rangga Pesirah.


Hensem kan semua? Senyum LEBAR. Hahaha..!
Anyway, Endang akan bertanding dalam pertandingan "Suara Serumpun 2011" pada Ahad ini, di Potong Pasir CC.
I hope ALL Endang and Wira boleh hadiri dan berikan arkak-arkak kita sokongan yg padu!
Jika ada yang berminat untuk membeli tiket dari kami, sila tinggalkan pesanan di comment untuk post ini ataupun hubungi Arkak Wirni kita ye ;)

Up next, there's alot of things to do.
To all my lovelies, please..
--> take care of your health. Important ok, kita tknk ada yg jatuh sakit on the day.
--> jgn lupa belajar untuk UT!Berseni, berseni juga.. Pelajaran jgn sekali-kali abaikan ok.

Yang Terlalu Free,
Hazimah<3