Asalamualaikum Wr. Wb...
Firstly, mari kita ucapkan SELAMAT ULANG TAHUN kepada arkak kita, Iffah Yusmalia!
Semoga di murahkan rezeki dan jalani hidup dengan kesabaran. Semoga kita ramai-ramai dapat berdikir barat sampai ke tua. HAHA! Insyallah, we will compete together for the next comp ok? Lets hope ada competition yang boleh letak 20 awok-awok.. LOL!
========SUARA SERUMPUN===========
Semalam adalah saat-saat yang dinantikan oleh Endang : Pertandingan Suara Serumpun 3.
Tiada pencalonan..
Tiada piala untuk kami..
Tetapi secara keseluruhannya, kami amat berbangga dengan seluruh anggota kita kerana telah memberikan persembahan mereka yang terbaik.
Setiap latihan intensif..
Setiap pengorbanan masa..
Setiap teguran dari Hairil dan seniors kita..
Terasa berbaloi juga kerana persembahan semalam teramatlah lain dari latihan-latihan sebelumnya..
Janganlah di khuatirkan saat-saat kesilapan semalam kerana waktu tidak dapat di putarkan semula..
Kita perlu belajar dari kesilapan-kesilapan itu..
Kita perlu tahu kelemahan kita di mana supaya kita boleh memperbaikinya lagi..
Insyallah, kita kan akan menjadi lebih hebat dari sekarang.
Semalam juga merupakan pertandingan pertama kali untuk beberapa orang, tetapi ia juga merupakan pertandingan sekolah yang terakhir untuk AisyahB, FarahEh dan MakEsah.
Terima Kasih AisyahB kerana tidak pernah berhenti melakukan wataknya dengan sepenuhnya..
Terima Kasih FarahEh kerana bersama kami walaupun penat dari kerja..
Terima Kasih juga kepada MakEsah dan kesemua nya kerana menegur dan membimbing kami bersama..
Tidak lupa juga pada Wirni kerana menuliskan lirik.
Tidak lupa juga kepada Alumni's yang menyokong kami semalam.
Its touching you all came down to give your support, and you sang for us at the end of the day.
Mana nak dapat seniors macam ni? Hehe..
Terima Kasih juga pada Wira yang turut hadiri semalam..
Last but not least, penghargaan yang tiada akhir, terima kasih kepada instructors kita Hairil dan Zul.
Tanpa mereka, siapalah kita.
Wahhh macam speech nak pergi mana je aku ni.. HAHA!
Pada yang masih sedih-sedih pasal semalam, nangis lah, tak apa..
Tapi yang penting, jangan putus asa, jangan patah semangat..
Ini semua adat pertandingan; tidak semestinya yang kalah takkan pernah menang dan tidak semestinya yang menang takkan pernah kalah. Janji, kita buat all out, happy dan enjoy!
Hargailah setiap detik perjalanan kita bersama..
Tak kiralah, walaupun nanti bila dah jadi senior, bila dah ada junior.. Kita tetap Endang!
Akhir sekali..
"Selembut Sutera.. Kekata Ninda..
Lemah Gemalai.. Endang Bersuara.."
<3<3<3,
Hazimah.

No comments:
Post a Comment