Akhirnya, takbir raya berkumandang beberapa minit selepas buka yang terakhir. Kedengaran, sayu pada yang sedang merindui orang yang telah pergi, ceria pada yang sedang berbahagia di dalam suasana meriah sekeluarga.
Walau didalam situasi yang berbeza, saya berharap, semua dalam keadaan sihat dan sejahtera.
Jangan lupa sedekahkan Al-Fateha kpd yg sudah tiada, dan jgn lupa beermaaf-maafan sesama insan.
Tak baik marah berpanjangan dan memutuskan silaturahim antara kita :)
Baiklah, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kpd seluruh anggota Endang dan Wira, dan juga kpd pembaca-pembaca blog ini. Semoga silaturahim antara kita tidak akan putus walau di uji sejauh mana pun. Maaf zahir dan batin sekiranya pernah menguriskan hati sesiapa, antara sedar atau tidak. Tidak lupa juga, firstly, Alhamdulillah, UT3 kita dh selesai. Skrg kita perlu tawakkal dan berdoa supaya kita tidak perlulah mengulangi sebarang subjek di kemudian hari. Andainya masih ada umur, kita berjumpa lagi pada hari-hari latihan seterusnya. Jgn lupa; 17hb nanti ada raya outing, ok? Rindu korgz :))
Salam Sayang,
Admin <3
No comments:
Post a Comment