Wednesday, 18 July 2012

Serumpun 2012

Asalamualaikum Semua!
Aahhh tak jawab, dosa!

Hahaha!
Akhirnya...
Selepas latihan-latihan intensive setiap hari, kedua-dua kumpulan telah pun menaiki pentas Suara Serumpun, keadaan menjadi lebih stabil dan kurang stressnya. Apa tidaknya, kebanyakkan mereka adalah pelapis-pelapis baru! Bagaimana pun, Alhamdulillah, semua nya enjoyyy!

*spot the bunny*hehehe

Tahniah kepada abang-abang Wira kami kerana dapat tempat yang ke-Empat! Sememangnya perjalanan mereka, bukan mudah kerana banyak yang perlu mereka lalui demi membina "from scratch". Tidak mengapa, seperti pepatah "Bersusah dahulu, bersenang kemudian".. Insyallah, pahit akan manis jua akhirnya.. Sekarang ini pun, terasa sedikit kemanisannya, bukan?
:)

Senyuman manismu bagaikan..~

Kepada Endang pula, alhamdulillah, setidak-tidaknya masing-masing semua enjoy! Good show! Jangan berhenti disini sahaja, banyak lagi yang perlu kita pelajari dan semaikan dalam diri kita. Jatuh bangun; kita sekumpulan. I'm proud of each one of u girls!
<3

Terima kasih kepada semua rakan Endang dan Wira yang turut menyokong pada hari itu. Tidak lupa juga kepada seniors Endang dan instructors kami kerana meluangkan masa mereka demi kami semua. Insyallah, Endang dan juga Wira tidak akan berhenti mengejar ilmu yang luas ini.

Sekian saja dari saya,
Asalamualaikum Wr. Wb. 

"Wau Bulan.. Teraju Tiga.."

No comments:

Post a Comment